Sunday, February 12, 2012

kembara the others

biasalah, bloggers cikai mmg main cilok je hasil penulisan blgger lain..muahahah! credit to cari.com


ok nama grup ni agak biasa lah
namanya The Others (bersempena nama album aku dalam facebook)
back in 2007, saya dan seorang kawan, endi namanya, memulakan aktiviti mencari hantu...
kami mempunyai grup seramai 4 org... dan plg jauh kami pergi sehingga ke Bukit Minyak, Ijok.
kami mula merakamkan pic dan video di kawasan yg dipercayai...
byk juga yg kami dapat tp tak penah tegerak nk share... pasal kami pikir cam ramai yg takkan caya...
lepas tu kami berpecah dan segala data tu di simpan oleh org lain...

aku dan endi shj tinggal...
kemudian 2010, aku mula rekrut sorg utk aktiviti touch n go dan misi kami yg pertama berjaya dan merupakan titik tolak kepaa pengilhaman utk menubuhkan grup kedua...

The Others
the others adalah nama yg dipilih utk grup ni.. yg mana aku dan endi masih lagi penggerak utama dan disertai faris dan kay...
kami masih lagi menjelajah di sekitar kawasan KL dan Selangor...
kawasan tumpuan kami masih lagi, Ghost in the City.
Kami bukanlah pemburu hantu, pencari entiti, perakam hantu or sebagainya.

Kami hanya explorer yg mengumpul data dan pengalaman menjelajah ke tempat2 begitu... kerana pada kami jika nk tgk hantu, tgklah cerita hantu, sebb di sekeliling kita pun byk hantu.. mengapa bersusah ke tmpt lain? jadi
main objektif kami ialah, menjelajah ke tempat-tempat mistik YG DIKATAKAN ANGKER dan mempunayi ceritanyer sendiri.
bagi menyaksikan kesahihan cerita/ mitos itu dan melihat sendiri keadaan tmpt yg dikatakan itu. dapat or tak entiti tu bukanlah kerja kami, itu kerja DIA. Kami cuma ingin menyaksikan sendiri tempat2 sebegitu daripada hanya mendengar cerita org dan kepercayaan org yg lain.

org slalu berkata macam2 tentang hal sebegini tetapi adalah lebih baik dari mereka pergi sendiri dan lihat sendiri dan cakaplah sendiri. kami hanya ingin berkongsi pengalaman bersama org lain bukan utk suka-suka tp untuk berkongsi dari sudut ilmiah dan good experience. kami mengalu-alukan sebarang cadangan tp tidak sudi menerima kritikan kerana kami bukanlah peserta AF yg harus diadili, sukati kami lah nk buat apa pun kan, itu adalah kami punya suka. (u got problem with that?)
kami masih menjunjung rukun iman dan rukun islam, kami tidak terlibat dalam upacara khurafat dan lain-lain.
kami adalah manusia biasa yg minat menjelajah dan berkongsi pengetahuan, jika ada yg ingin menunjukkan kepandaian eloklah org itu pergi sahaj ke universiti menjadi lecturer, tidak payahlah menlecturer kan kami or anything like that.

Thank you kpd Cari.com kerana menyediakan platform utk berkongsi pengetahuan sebegini, jadi kepada para pembaca have fun!

Penafian:Kami tidak berniat mempengaruhi sesiapa mengikut jejak kami, kami tidak bertanggungjawab di atas segala risiko yg anda hadapi ketika membaca fakta dari kami dan juga cuba pergi sendiri ke tempat kejadian..

klo salah tlg tunjukkan, buah cempedak di luar pagar
ok?

ni adalah buah tgn pertama kitorg

KEMBARA KE HIGHLAND TOWERS



info kembara highland tower

mlm tu aku dgn faris je berdua pegi... berbekalkan satu kamera...
kitorg redah,...
dlm kul 3 pagi kitorg dah masuk kawasan highland tower tp kitorg saja ikut jalan belakang sbb

1) aku plg benci jalan depan yg mengadap higland tower (HT) tu
2) faris nk tgk tempat yg aku dapat rakaman suara pontianak..

pastu jalan belakang tu turun bukit, awal2 lg kitorg dah dikejutkan dgn pakcik teksi yg bawa tak igt nyer laju... habis segala bumper dia langgar... dgn kitorg2 skali dia nk langgar... cam nmpk hantu gamaknya (ye kot?)

pastu sesampai je aku di depan banglo tinggal tu... kamera mengalami masalah teknikal , 
kekurangan cahaya untuk snap pic highland tower, so aku suh dia snap pic banglo dan jalan masuk...

3-4 kali faris tak dpt snap kerana kamera gagal berfungsi sbb takde cahaya...

lepas 2-3 minit baru function faris trus snap seberapa byk yg boleh...
pastu kitorg trus blah, memanangkan itu misi touch n go je...

waktu balik kitorg berhenti kat tepi jambatan dekat roundabout au3 keramat
kitorg berjaya snap 7 pic tapi 5 hitam je.. 2 je jadi tu pun gabar yg sama...
aku tgk dgn teliti kedua2 pic tu... mmg sama cuma satu darinay ada terdapat entiti...
so lepas belek2 nyer belek dapat lah... hasil yg seperti korg tgk tu...
tp tu hanya satu je... aa byk lagi citer kitorg kat sana...

Wednesday, October 12, 2011

Genting Highland

seperti biasa... cerita yang di kopi paste dr forum cari.com kredit to pumpkinhead :)


aku ada satu cerita pelik/aneh yang aku tak berapa pasti akan jadi cite seram ke tidak.tapi aku cerita je lah.masa umur aku 15tahun,tahun 2000 dulu, hampir setiap bulan abah aku bawak jln2 genting highland.nak makan mcD pun sanggup pegi genting highland makan lepas tu balik.macam la umah shah alam takde mcD haha.dulu samaada balik hari atau tido dekat amber court.amber court tu memang hodoh dari luar,tapi dalam bilik cantik je.alhamdulillah takde benda scary happens kat family aku selama lepak amber court.

ape yg aku nak cerita ni berlaku dekat parking lot cable car tu,ape nama dia?parking lot awana eh? parents aku dah BAN genting highland so maaf lah aku lupa nama parking tu.kalau boleh aku nak lupakan terus kenangan pahit ni tapi sesekali mesti teringat kan.so kali terakhir pegi genting highland bersama family tu,bapak aku decide nak balik hari dan takmo parking dekat atas area theme park.dia parking dekat tingkat atas sekali(tingkat 4 kot) parking lot yang bersekali dgn cable car tu.

sepanjang hari dekat theme park memang best sehinggalah kitorang balik time maghrib.lepas keluar daripada cable car tu terus la menuju ke parking lot.semua adik beradik dgn abah aku dah jalan ke depan so tinggallah aku jalan sebelah mak aku slow2 take our own sweet time.sambil jalan dengan mak aku kat sebelah tu aku borak2 la dengan dia.lepas tu dia hilang,pling! macam tu je.aku sendiri tak percaya.Bila sampai dekat van abah aku tanya la, "mana mak?" "tak tahu" aku jawab.so terus la kakak sulung aku mengamuk2 salahkan aku sebab tak pandai jaga mak sedangkan aku jalan sebelah je.masa tu aku memang lurus bendul, aku memang tak tahu mane mak aku hilang.aku nangis je la,dah ler aku tgh uzur.aku baca la apa2 ayat quran yang patut sambil merayu2 supaya aku jumpa balik mak aku.masa tu adik beradik yg lain pun dah menggelabah so berlari la kesana kemari jerit nama mak aku.

untuk pengetahuan korang, masa tu takde orang yang jalan2 baru balik dari theme park menuju ke kereta masing2 kecuali family aku.memang sunyi habis.cuma ada 2biji kereta yang berlumba antara satu sama lain(hampeh kat parking sempit pun nak lumba) turun dari atas ke bawah.aku tak ingat berapa minit atau jam cuma yang pasti kitorang cari mak lamaaaa sangat.terjerit sana sini macam org gila,dari tingkat 4 tu lari turun ikut ramp sampai ke bawah dan separuh adik beradik lain(masa tu kami 6beradik) pergi cari dekat area tangga.rasanya setiap sudut dan tingkat parking lot tu kitorang check tapi mak memang takde, memang tak terserempak.mak aku bukan jenis suka bergurau main nyorok-nyorok pun.

sambil cari tu sambil la dok baca ayat2 quran,aku penat cari sambil nangis (sambil taip pun nangis huhu teringat).aku rasa bersalah sangat, macam aku tatau jaga mak sendiri.macam aku anak yang jahat.so masa aku turun dari salah satu ramp kat hujung(ramp yang menghubungkan kereta untuk turun dari satu tingkat ke satu tingkat) aku minta sangat kat Allah SWT supaya tolong la pulangkan mak aku balik, better ganti dgn aku je.amik je la aku ni,aku ada lagi 2 adik kecik yang perlukan mak aku.lagipun aku tak tahan kene marah dgn kakak sulung aku yang garang tu (iyelah dia anak sulung,mesti dia panik gak).tiba-tiba mak aku keluar dari sebalik ramp tu,macam mana nak describe eh, kiranya aku nak turun dan mak pulak nak naik,so kitorang jumpa dekat ramp.masa tu ya Allah! leganya hati aku.mak pulak nampak letih sangat,muka sayu je tak cakap apa2.aku terus tarik tangan dia bawak pegi van.so sepanjang balik semua dalam van senyap je terutama bapak aku.berkerut-kerut muka dia sepanjang dia drive.takde sape nak marah2 aku lagi dah,macam lega dah jumpa mak.

sampai umah semua dikehendaki mandi,buat ape yang patut dan tido.so sebelum masing2 nak masuk tido mak aku cerita la,berkerumun semua pegi kat meja makan nak dengar apa yang dah jadi kat family kitorang sebenarnya? ni dari sudut pandangan mak aku pulak yer, dia cakap kali terakhir dia ingat dia jalan dengan aku.lepas tu tiba2 semuanya kosong.parking lot tu ade je kereta macam biasa cuma langsung takde orang.dia cakap dia perasan masa nak menuju ke van tu ade budak remaja berlumba kete, dengan bunyi kereta diorang yang bising setiap kali diorang drift selekoh turun ramp tu.tapi sekarang semuanya kosong! so dia jalan kaki tgh2 jalan diantara kereta2 yang berlambak parking tu.dia turun dari satu tingkat ke satu tingkat,still jalan tengah2 jugak.ikut logik, kalo dia jalan tengah2 mesti dah kena langgar dekat kereta budak remaja yang berlumba tu.sebab seingat aku banyak kali jugak diorang drift turun bawah lepas tu naik balik saje2.ape yang lagi pelik,mak aku cakap masa dia turun satu tingkat,dekat hujung dia nampak macam ramai orang tengah jln2 borak,makan minum tanpa mempedulikan dia.macam tak perasan dia wujud.macam dekat hujung ada restoran,lagilah tak logik sebab parking lot tu 4segi je,antara hujung ke hujung adalah dinding.kalo bawak kereta sampai hujung tak berhenti maknanya terjunam ke bawah la kan.so dia turun lagi satu tingkat,sebab dia ingat mane lah tahu kitorang tertinggal kan dia dan tunggu kat bawah ke ape.still bila dia turun lagi satu tingkat,kiri kanan memang takde orang langsung kat parking tu kecuali hujung kat dinding dia nampak orang yang sama,pakai baju yang sama,buat perbuatan yang sama.


masa tu barulah dia perasan dia dah kena main2kan oleh makhluk Allah lagi satu ni,macam dia dah masuk alam lain,dah kena sorok.dia bacalah ayat2 quran sambil jalan dengan niat dpt jumpa family semula,sampai tingkat bawah dia turun.lepas tu dia naik balik,masih jalan dengan tengah2 tu.setiap tingkat semua sama mak aku cakap,balik2 jumpa bende yang sama.pusing2 itu je.sampailah dia penat sangat,so dia berzikir la.dia cakap dia baca asmaul-husna, masa tu lah dia lepas dan terserempak dengan aku huhu.


susah nak diterima oleh akal tapi itulah,benda dah jadi.sejak peristiwa tu parents aku ban genting highland,abah aku bawak jalan2 tempat lain je.adik kecik aku pun takut nak gi sana,dia kata takut mak hilang lagi haha.tapi aku stop pegi sana dari umur 15 sampai masuk Universiti je lah.bila masuk U,kawan2 ajak pegi,aku pun rindu sangat so aku pegi je tanpa parents tahu haha.alhamdulillah tak jadi apa2 lagi.tapi lama2 parents tahu dah,diorang takde nak marah pun.cuma suruh tanggung risiko sendri je lah.sekarang aku dah keje,langsung dah tak pegi.lepas ni mungkin?haha.


so aku harap korang enjoy dan amik ikhtibar cerita aku, sebab aku rasa kalo kita takut sangat dgn benda tu nanti jadi khurafat pulak so redah je lah nak pegi genting tu! cuma beringat antara satu sama lain,jgn gembira sangat,banyakkan berzikir dgn niat hanya kerana Allah SWT.aku tak alim pun tapi aku nak pesan je lah supaya sentiasa ingat Allah, tak mampu buat yg sunat buat yg wajib dulu,sentiasa memaafkan org sekeliling dan diri sendri lepas tu bertaubat je sentiasa.


aku bersyukur ape2 pun makhluk yang sorok mak aku sekejap tu.... tak sorok aku sekali.aku rasa masa tu sebab "dia" fikir mak aku ni alim,baik dan mak paling best di dunia,baik dia uji mak aku.kalo dia sorok aku pun buang masa je,ape aku boleh buat sangat pun masa umur 15thn tu? nangis je kejenya.kang tak pasal satu hal pulak "dia" nak pujuk aku yg suka nangis ni,nak prepare kan aku dgn pelajaran lagi, PMR nak dekat masa tu haha.


selamat hari ibu untuk mak aku, lama dah aku tak teringat kenangan ni balik.

Sunday, September 25, 2011

Kisah Seram Banglo Lama di Taiping


Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taping sekitar tahun 1990an...nama umah makcik aku ni 'Sangkuriang Villa'...
Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la..
Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. 
       Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah. Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan...


Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita...

        Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper... makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni...
         Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..

          Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah...
          Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati... 
then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang.. 
          
          Tengah malam tu...sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah. 


           Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu...tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu. Bila kitorng pikir balik agak2nye benda tu kacau sebab kitorang bunuh klawar petang tu kot...wallahualam...  

    Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 - 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu..

Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah...
Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia...   Aper lagi terkejut la sepupu aku ni...

Malam ke-2 pulak...
           Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai... Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu...
           Keesokanyer sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu...


Sebuah tulisan mengingatkan saya pada legenda sangkuriang. Legenda ini
bukan hanya sebentuk cerita, tapi juga merupakan siloka/ metafor yang
menggambarkan bagaimana masyarakat sunda wiwitan memandang dirinya
sendiri.

Sangkuriang berasal dari kata Sang Kuring/ Ingsun yang berarti aku/
sang aku. Dialah pemeran utama dalam cerita ini. Ingsun adalah
gambaran manusia sebagai individu-individu. Dalam legenda Sangkuriang,
Orang tua/ penyebab kelahiran Sangkuriang adalah Dayang Sumbi dan Si
Tumang, seekor angjing hitam berekor kuning.

Tumang berasal dari bahasa kawi yang artinya dapuran api/ tungku,
mengandung makna hawa nafsu. Sementara Dayang Sumbi terdiri dari dua
kata. Dayang adalah sebutan untuk perempuan, arti lainnya adalah
Dangiang/ danghyang, yaitu sejenis lelembut. Sementara Sumbi artinya
tajam dalam pertimbangan (sing seukeut nya nimbang), dan kalau
dipisah, kata ini berasal dari penggalan sum (sumsum=saripati)
bi(perempuan=ibu pertiwi=bumi).
Jadi, Dayang Sumbi mengandung arti harus tajam dalam menimbang, halus
dalam meraba hati dan rasa. Harus mengetahui secara teliti bahwa wujud
diri hakekatnya berasal dari saripati tanah.

Sangkuriang lahir melalui Dayang Sumbi yang menikahi Tumang setelah
sumpah yang terlanjur terucap. Dari kisah itu, siloka yang
tersampaikan adalah bahwa Ingsun terlahir ke dunia atas dua unsur,
saripati bumi dan hawa nafsu. Wujud serta kehendak. Selama hidupnya Si
Tumang selalu mengikuti Sangkuriang. Hal ini memperlihatkan bagaimana
nafsu selalu mengikuti Ingsun. Namun Ingsun melihat wujudnya yang
merupakan perwujudan Sumbi dan selalu tergerak untuk membahagiakan
wujudnya (sebagaimana manusia bekerja dan berusaha untuk selalu
memenuhi kebutu*an jasadiahnya). Sehingga Tumang terbunuh dalam upaya
pemenuhan keinginan Wujud tersebut. Dayang Sumbi sangat marah pada
tindakan Sangkuriang yang membunuh Tumang (Wujud tak menghendaki
ketiadaan nafsu dalam Ingsun), walau ditujukan untuk membahagiakannya,
tapi tindakan Sangkuriang harus dibayar dengan pembelajaran berupa
pukulan di dahi yang meninggalkan bekas permanen, disini digambarkan
bahwa Ingsun harus menempuh rasa sakit untuk mendapat pengetahuan
(mungkin ini yang disebut pengalaman).

Dalam kepercayaan Sunda, Ingsun / Sang kuring bukan sifat lahir, juga
bukan sifat batin tapi yang dilahirkan dan dibatinkan. Ingsun adalah
zat yang berasal dari Yang Maha Suci dalam wujud manusia
"sa-kuring-kuring na" (setiap individu).

Ingsun lalu mengembara hanya ditemani bekas pukulan tersebut (
berbekal pengalaman), namun walaupun perjalanan ditempuh sejauh
apapun, akhirnya ia kembali pada hakekat wujudnya. Dayang Sumbi
diceritakan tetap tampak cantik walaupun sudah berusia tua. Ini
melambangkan bagaimana manusia begitu mencintai wujudnya dan
seringkali tak berkehendak untuk meninggalkan wujudnya. Hal ini
mendorong Ingsun untuk menunggal dengan wujud. 

Walau demikian kecintaan berlebihan pada wujud tidaklah dibenarkan
(ini mengingatkan saya pada legenda narcis yang jatuh cinta pada
bayangannya sendiri). Hal ini membuat Dayang Sumbi menetapkan syarat
yang sangat berat. Sekali lagi Ingsun dihadapkan pada kehendak wujud
yang seringkali tak masuk akal. Sebuah perahu harus siap untuk
dilayarkan di danau Bandung yang luas. Dalam melaksanakan keinginan
wujud tersebut, Ingsun dibantu oleh Guriang tujuh  (=Guru Hyang
Tujuh), yang maksudnya tujuh pengawal Ingsun yang diciptakan bagi
dirinya ; kekuasaan, kehendak, nafas, pendengaran, penglihatan, ucap
dan penciuman.

Namun  Dayang Sumbi menggagalkan usaha Sangkuriang dengan
membentangkan karembong dan daun kingkilaban sehingga ayam jago
menyangka hari sudah pagi.  Dalam ajaran sunda wiwitan, ada tiga unsur
dalam diri manusia yang bisa berkuasa pada perintah diri yaitu
kekuatan akal, kekuatan rasa, dan kekuatan jati Ingsun. 
Bila ketiga unsur tersebut dapat dikuasai untuk menemukan hakekat
diri, maka walaupun tak dapat bersatu dengan jasad namun Ingsun tetap
dapat mengarungi danau kehidupan . Namun bila ketiga unsur itu justru
menguasai Ingsun, maka amarahlah yang tercipta hingga akhirnya perahu
tak dapat dikendarai karena terbalik oleh tendangan Sangkuriang.

Mungkin itu cuma dugaan, tapi semua orang memang hanya menduga-duga...kan?

Caaaag ah...
(nembe 'cenah')

Wednesday, June 1, 2011

Karak

Dah lama tk update blog. hampeh! semalam tgk karak. dah mcm citer hantu omputih- tk best, sbb kehantuan malaysia dia kurang..
baru2 ni dapat email, dr sapa tatau.. forward forward dan forward... okeh, baca citer ni..

"Kisah ni berlaku 2 tahun lepas, waktu tu anak aku si kakak 2 tahun & si
adik  lagi  9  bulan.  Belum lagi citer dah tegak bulu roma ni..confirm
demam  pas  citer  ni. Citer ni dah lebih 10 kali aku repeat..citer kat
family..kawan2.


Perjalanan  dari  kg  ke  shah  alam..selalunya  kitaorg  pakai  jalan
dalam..means jalan kampong lar ikut sabak bernam, tanjung karang . Kuar
dari umah kui 4.30ptg. Masa tu hujan lebat giler, adik & kakak tido kat
belakang  ngn  bibik..Ngam2 belok lepas kat pasir penambang tu, si adik
menangis..bukan  nangis2 manja tu, nangis melalak tak hengattt. Tgk jam
kui 7.30 camtu..magrib !! Aku Tanya bibik, asal adik nangis ni bik..tak
tahu  bu..tiba2  jer,  bagi  susu  pun  tak  nk..aku  ambik  bawak  ker
depan..dia melalak gak..sambil tgk ke belakang..tangan dia genggam baju
aku..mcm  nampak  sesuatu  kat  belakang..Aku  ni mmg cepat terasa bab2
ni..bulu  roma  terus  naik..rasa  cam berdebar2. Jarang lar dia nangis
melalak cam ni..


Aku  bagi  balik  adik  ker  bibik..adik  gengam  bibik  semakin
kuat..nangispun  makin  kuat..sambil  tgk ker belakang. Ibu..ibu..bibik
rasa  ada  yg  ngak beres ni bu, bibik kok rasa seremm..(kata bibik dlm
lorat  indon  )  Jalan yg kitaorg lalu ni mmg gelap..sapa tahu jalan yg
tembus  kat  ijok  pastu  kuar  kat puncak alam..sure tahu jalan tu mmg
gelap & sunyi.


Tetiba  si  kakak  yg lena tido..merengek sambil mata pejam..sambil ckp
hish..hishh..sambil tepis2 kat kaki..pastu hish..hishh..tepis2 kat muka
dia..tp  mata  pejam,  apa  kes??  Mcm  ada  benda  yg  usik2..geli2
dia..adoooiii  …masa  ni aku toleh belakang..si bibik tgk muka aku..aku
tgk muka bibik, yg adik masih menangis.


Ambik  adik  bawak  depan..laki  aku  bersuara..aku  bawak  adik  ker
depan..pastu  laki  aku  ambik  dukung sebelah tangan..tangan satu lagi
pegang  stereng  keta. Tetiba, Yang..yang ambik adik, cepat2..aku ambik
balik  adik..panic  sungguh  masa  ni..nk  buat  apa ni bie..badan adik
mengigil2.  Cuba  pasang  CD  mengaji tu, kitaorg mmg standby CD ni dlm
keta..kita  pasang  high  volume, adik yg dlm pelukan aku ni makin kuat
menangis,  kali  ni  tak  tgk ke belakang..dia tgk ke tingkat pulak..Ya
Allah,  aku  ni  baca  ayat  kursi..3..4  kali..terkumat  kamit,  tak
jalanpun..

Aku  ambik  phone  call  pak  metua  aku yg terror sikit bab2 ni. Hello
pa..ni  adk  nangis  mcm  ada  yg tak kena jer..letak tepon kat telinga
dia..papa  ckp..aku  sambil  riba  adk..ambik  phone  letak kat telinga
dia..adik  terus  mcm  lagi  hyper..ya Allah kenapa ni. Dengar papa ckp
ni..temukan  dahi adik ngn dahi kamu, pastu baca ayat kursi, al-fatihah
&  3  kul..tentang  mata dia..ok pa..ok..masa ni ada bau yg kurang enak
dlm keta..tp kitaorg diam jer.

Akupun buat mcm papa cakap..sambil terketar2 aku baca..masa ni takutnya
sampai mengalir air mata aku. Habis jer baca, bibik tetiba menjerit kat
belakang..aku    tergamam    jap..zuupppppsss..  bulu  tengkok  naik
tetiba ,serius ko..mcm ada benda yg kuar terbang dari dalam kereta….mcm
ada angin lalu..masa ni rasa cam nk lompat jer atas laki aku ni..


Bibik  yg  duk  diam kat belakang.. tetiba mengelabah..ya Allah..bu, ya
Allah  bu,si  bibik  terketar2 ckp..aku peluk adik kuat2. Laki aku diam
jer tak bersuara..sabar bik..sabar..baca apa2!!


Adik  menangis  sampai  dh  takde suara..laki aku tetiba jer ckp..’’Aku
tahu  ko  ada  kat  sini..kalau ko nk tumpang, tumpang jer..jgn nk usik
anak2  aku’’.  Glurpp..glurpp..telan  air liur aku..dlm hati (eee…boleh
lar  dia  ckp  camtu..sabo jer..).Sampai jer simpang tiga nk ker puncak
alam  tu,  adik  tetiba  berhenti menangis tp masih sedu2..teresak2. Ya
Allah..lega..sunyi  sepi  jer  dlm keta..takde sapa bersuara,sampai lar
kat  petronas  sek.20, laki aku berhenti. Si adik sampai tertido..kakak
pulak yg bangun.
Laki  aku  ckp..kita  kuar  dulu lar dari dlm keta..angkat adik & kakak
sekali..Aku  ni  konfius  gak asal laki aku ni nk stop kat petronas ni.
Dia  ambik rokok dia..duk mengembut jap..aku ni tak puas hati..gi tanya
dia,  eh  bie,  asal  berhenti kat sini ni..dia jawab “releks japp..tak
elok balik rumah terus..biar dia turun sini”


‘dia turun sini’ apakah???

Bila  dah  sampai rumah dalam kui 9mlm..mandi2..pasang tv..semuapun tak
bersuara.
Aku  ni  gatai  mulut  gi  tanya  kat  bibik..mcm  dh  tak  blh  tunggu
siang..kenapa ko menjerit tadi bik??

Ibu  ngak  lihat  ker?  Aduhh  bu..rambutnya  hitam panjang buu…terbang
keluar  di  depan  ibu tadi..pasti adik menangis diganggu mak lampir tu
bu..

Ko  ni biar betul bik..ceh saja buat2 mcm tak caya..tp actually mmg aku
rasa ada something yg kuar dari dlm keta tadi..


Tetiba  laki  aku  ni  menyampuk..ha  ah  yangg..betul  ada  benda  tu
tadi..altantuya  tumpang  kot..cisss  cabul  tul  lar  mulut  laki  aku
ni..tahu lar altantuya tu kena bom kat area situ..


Abang, dari start adik nangis tadi dah dpt rasa..bila abang dukung adik
tu..adik rasa berat sangat..tu yg abg suh ambik balik tu..mungkin benda
tu berpaut kat adik..


Pastu  tak perasan ker, keta belakang bagi double lampu kat kita..pastu
semua  keta  cam jauh2 dari keta kita..semua tak nk dekat..lutut aku ni
tetiba  mengigil  balik..Ya  Allah syukur lar aku tak nampak..kalau tak
sure  terbayang2.  Pagi  esknya..aku,  bibik  &  adik  demam..MC 2 hari
aku..apa kes?? Kes jenayah hantu altantuya..laki aku ckp!!




sampai  skrg  kalu  teringat  terus  rasa nk demam. Korang yg lalu ikut
jalan  ijok  tu..pastu lalu kuil..lalu kubur2 cina tp bukit tu..jgn lar
balik  malam2..sejak  tu..aku  mmg  tak  tgk  dah  citer2 mistik kat tv
ni..tak  kira  lar  hantu  lawak ker..hantu apa ker..ttp seram..baru ni
gatai  pasang  CD  ‘hantu  kak limah balik rumah’..tengah tgk hantu kak
limah ni, bibik bersuara..ibu..rambutnya kak limah ni..sama seperti mak
lampir  yg dulu itu..cisss…brengset sungguh si bibik ni..blh plk ko ckp
mcm..dah tutup CD..  "

Monday, February 7, 2011

Jalan Lama Bentong-KL part 2

credit to cariforum

Ok, mengikut cerita and laporan akhbar, mangsa nie menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah. So masa perjalanan pulangnya, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki accident di salah satu gaung. So si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tue selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tue org asli dan pihak polis menjumpa kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. So dalam lebih kurang seratus meter dari kereta tue, mereka menjumpa tulang manusia yg lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tue masih lagi elok tapi reputan dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
So sebab Abg Adi nie rapat dengan mangsa, dia pun turut pergi mengutip tulang mangsa. Dalam 2,3 hari selepas tue Abg Adi asyik bermimpi yang mangsa datang dalam mimpi. So rupa-rupanya selepas pergi kali kedua, tulang dagu mangsa pula yang tertinggal.

Jalan Lama Bentong-KL

pagi pagi isnin mlm ahad adelah sgt jem di karak highway. kami dari kelantan gerak pukul 6 petang. pukul 6 pagi baru smpi. itu pun dkt tol bentong patah balik dan lalu jalan bentong-KL lama. jalan lama okeh. jln nyer sgt lah satu kereta je bleh lalu dan sgtlah U. mcm ular kena palu. dan seperti biasa, ada cerita cerita hantus di jalan yg kami lalu tu.
tp masa kami lalu maybe hantu takut nak lalu sebab kereta mmg panjang . org amek jln alternative ni sbb jem giler giler wapun masatu pukul 3 pagi.

okeh. di copy paste dari cariforum (credit giler2 kat cariforum)

stori 1

Salam..
Aku anak jati bentong..Nak tau story..emm rasanya mcm jln2 lain ade cerita masing2..ok cerita ni aku dapat dari pak gnah aku dan org terdahulu maklum la mereka hidup dlm zaman penjajah dan komunis..
Pada zaman Kumunis ni ade gak dgr2 cerita..zaman tersebut kira jalan ni mmg diangap kwsn hitam dan byk road block polis..Sy masih ingat lagi time tu klu nak g kl ikut jln lama mesti ade sekatan polis hutan..
Zaman dah berubah byk benda yg sy samar ttg cerita ngeri yg pernah diberitau rasanya malas nak sebut takut di tokot tambah lak..Ok mmg jln ni bengkang bengkok dari kl hingga la sampai bentong.Terdapat setengah2 jln hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan sahaja..Sami vellu pernah mengeluar kenyataan tidak akan membaik pulih kembali jln tersebut dengan alasan jalan baru terlah ada.
Mmg jln ni klu lalu redup je pemandangan dan cantik, ada sungai dan kolam air panas semula jadi..Kalau berkesempatan mandi la kat batu 7 bentong syok air dia sejukkkkk and nature..Kolam air panasnya pon mmg best..Selalu lepas tgk bola klu Pahang main di Selangor or kl mmg balik singah mandi kat kolam air panas ni tgh pagi buta lebih kurang kul 2 pg..Ramai2 la klu sorang2 tak dapat la..Selalu mandi pakai spender je hehehe tak de org pon lalu kecuali sekali sekala lori hati kering lalu..Tapi malang selepas Majlis Pembandaran Bentong membaik pulih dgn simen kembali tebing kolam tersebut kehangatan air tidak lg panas seperti sebelumnya..
Ok mmg pernah org melihat lembaga perempuan putih terapung2 di kolam tersebut.Abg sy sendiri pernah berhajat mandi di kolam tersebut dgn rakanya terpaksa membatalkan hasratnya apabila melihat kelibat perempuan berpakain putih..Fuhh terus demam..
Akhir tahun 2009 kawan rapat sy yg bekerja di Petronas Genting Sempah terbabit dengan kemalangan di jalan tersebut..Kereta Kancil yg dinaikinya terpelosok dibwh Bas mujurlah nyawanya panjang.Mmg tgk keadanya 50/50. Koma hampir 3 minggu hingga doktor mengatakan klu dia pulih mungkin akan mengalami kecedaraan otak..Tp doktor hanya mampu merancang. Dia pulih 98% dan masih mengalami trauma.
Sy try gak tanya mcm mana leh xcident..Di pon tak pasti sbb kereta yg dibwnya tidak la laju mmg boleh nampak kenderaan di hadapan tetapi sebaliknya tah mcm mana tiba ade bas depan..
Dalama satu cerita lain pula org kg sy yg menjadi pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepa bas last dr kl ke bentong lbh kurang kul 9 mlm dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yg kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebb leh katakan penuh..Bila hampir sampai di bentong penumpang2 tersebut menekan loceng utk turun di satu kawan yg mmg hutan..Mcm biasa la pemandu buat tak tau je..Sampai di stesen bentong bila kondoktor bas tu nak kira duit balik terkejut tgk dlm beg dia penuh gan daun saja, mana perginya duit2 td?..
Pak Ngah sy yg polis tu kata rakanya pernah terserempak dgn rashid maiden bersembahyang di berlapitkan daun pisang tp mrk hanya tergamam melihat kelibat rashid maiden sehingga la selesai sembahyang..
Klu pg dgkt balai polis bentong ade pameran2 dan gambar2 xcident yg berlaku di jln tersebut mmg horror la..Aku mmg tak ikut jln tu biar la kena tol..klu time perayaan mmg jln highway karak sesak teruk klu nak ikut jln kl lama mmg berbaloi la tak jam tp pastikan anda berkonvoi..Klu tak nampak la pocong or super girl berkeliharan.
Lagi satu kalau nampak keta Volkswagen kaler kuning memotong jgn la pandai2 nak potong balik..hehehe..sebenarnya lama gak aku tak dgr cerita keta ni sbb ianya hangat dikatakan sekitar tahun 80 dan 90 an dulu. Setaka pemandu keta takde kepala tu mmg selalu dgr la hehehehe..Lagi satu tempat tu mmg jd tempat membuang SAKA sejak dari dulu lg..
Moral jgn biarkan hidup anda depunuhi misteri..

Wednesday, January 12, 2011

Cerita Seram UUM part 2

coppy n paste lagik.. source sama mcm di atas

sebab aku nak tahu nama kolej tu...jika tahu marilah share di sini ok...ini ceritanya:

cerita nie berlaku semasa aku semester 6 kt uum..seperti biasa kalo ari minggu aku dan member2 seangkatan duk sembang n tengok citer smpai pagi. tp malam kejadian tue lain sket..kitorang duk la layan daun terup. saja suka2. sedar x sedar dh kul 2 a.m..perut pun dh lapar..so aku ngan mamat sorang nie pegi la amik mineral kt tingkat ground floor nak buat magie. entah mcm mana...aku terbau wangi mlm tue..kalo x salah aku bunga yg org tnam kt kubur. aku tnya mamat nie..kot2 aku sorang jer yg bau..dia pun terbau gak..peghhh..wangi giler...apalagi..kitorang cabut la...dh la aku duk tingkat 2..lpas tue...kitorang berenti main..masing duk cerita pengalaman..baru la aku teringat cerita mak cik cleaner yg slalu dok bersih blok asrama yg aku duduk tue..sorang budak india dh terserempak ngan hantu pompuan bawak anak..kejadian tue berlaku bebetul kat tmpt aku amik air mineral..untuk pengetahuan korang...kejadian tue berlaku kat asrama uum..nama asrama tue dirahsiakan...

kisah dua..
Satu peristiwa telah menggemparkan asrama uum..kes bunuh diri pelajar pompuan. masa tue aku on the way nak pegi mall..nampak la keter ngan landrover polis..aku ingt budak suksis polis buat latihan..aku buat dont know jer la.balik dari mall..baru la aku tau ada kes bunuh diri. malam tue...lepas balik semayang isyak kt masjid..angin kuat giler..aku ingt nak ujan...tp bila pndang atas..cahaya bulan terang benderang..malam tue sumer penghuni asrama aku tido awal...dh mcm x der org...keesokannya baru la aku tau ader budak kena ggu mlm tue..nama asrama dirahsiakan..
p/s...kolej apa yer...setahu aku kolej yg dekat ngan mall kolek Pernas ngan petronas