TOLONG KLIK IKLAN INI YA..TENKIU

Monday, October 26, 2015

hantu KEMOLOK

copi pes

FORUM CARI -- tengkiu eh

Sapa penah dengar cerita Hantu Kemolok ?

Ok aku bagi info sikit2 apa yg aku tau je

1. Terjadi kerana keturunan dari suku Minangkabau. Setiap generasi baru, salah satu famili dia akan menjadi Hantu Kemolok.
2. Setelah 3,4 hari dikebumikan, ada lubang di atas kubur itu dan berasap, lubang inilah Hantu Kemolok akan keluar
3. Sumber-sumber mengatakan, Hantu Kemolok ini akan pulang ke rumahnya atau pergi mencari saudara mara dan kenalan semasa hidup
4. Setelah sampai dirumah itu, Hantu ini akan merengek mendayu meminta makan..( seperti suara musang menangis )
5. Bukan hanya meminta makan, malah mencakar, mengetup pintu rumahnya..
6. Setelah keluarga dia mengetahui kepulanganya dan suara merengek seperti meminta makan..
7. Kaum keluarga dia akan menghidangkan nasi yang beralaskan kain kuning.
8. Sambil meminta atau berkata " selepas kau makan, kau balik ke tempat asal kau.. tmpat kau bukan disini lagi
9. Hantu Kemolok ini sangat pemalu dan tidak mengganggu orang seperti hantu-hantu lain.
10. Bentuk Hantu Kemolok ini seperti belon yang melantun-lantun dilantai..
11. Berwarna putih..kaki seperti arnab, tetapi dalam keadaan terbalik.

Bunyi Hantu Kemolok ini telah dirakamkan oleh member aku dalam bentuk kaset pada 2002, aku akan cuba minta kat dia
supaya korang semua dapat download dan terus mendengar betapa seramnya bunya Hantu Kemolok.

1. audio bunya hantu kemolok ini ada kat member aku  .. aku perlu mencari dia dulu untuk meminjam kaset itu supaya aku boleh buat Digital Mastering.
2. Alkisahnya member aku baru kematian kawan dia .
3. Setelah 3,4 hari dikebumikan.... tepat pukul 2.20 pagi  dimalam yang sepi angin sepoi2 bahasa..
4. member aku terdengar seperti ada orang menangis, merengek meminta sesuatu
5.mula-mula bunyi suara itu sayup jeee .
6. makin lama makin dekat bunyi suara tu
7. dan semakin dekat.. semakin dekatt...
8. Dan akhirnya bunyi suara yang seram itu, betul2 di luar tingkap rumahnya yang bercermin kaca..
9. Takkala walkman ada disisi member aku ni, termasuk mic sekali.
10. dia memberanikan diri merakam dari tingkap cermin itu...
11. dia menhulurkan mic keluar dari tingkap itu.. bunyi suara yang menyeram itu terus dirakam selama kurang 3 minit.
12. selepas member aku memberi tau famili arwah apa yang dia dengar malam tadi
13. keluarga arwah itu juga mengalaminya.. bunyi suara yang kuat, menangis, merengek.. sambil mencakar pintu.
14, bunyi suara hantu kemolok itu hilang pada pukul 5 pagi.. sebelum azan subuh.


1. bunyi musang aku tak tau..musang aku tau le
2. aku percaya, korang pasti akan meremang bulu tengok kalau dah dengar audio ni nanti.
3. member aku cakap, dah banyak kali orang terjumpa atau terserempak hantu kemolok ni
4. walaupun hantu kemolok ni pemalu.. dan akan menjauhkan diri dari dilihat...
5. tapi dah ramai juga yang pernah terjumap kelibat hantu kemolok
6. bentuk seakan2 belon yang sedang melantun dilantai
7. berkaki seperti arnab dalam kedudukan terbalik kebelakang.
8. sentiasa menutup muka kerana malu


antara cerita-cerita yg penah aku dengar dari member aku

kes 1
jam menunjukan pukul 1 pagi.. tiada hujan, bulan mengambang.. sambil duduk menonton.. tiba2 terdengar satu suara seperti meminta sesuatu....suara itu tidaklah terlalu dekat.. tetapi ingin tau.. terus membuka tingkap cermin dengan perlahan-lahan. malam itu terang kerana ada cahaya bulan.. semasa tengah intai dari tingkap cermin itu, kelihatan sesuatu bergerak seperti belon dilepaskan di atas lantai.. melantun secara perlahan-lahan. menuju ke semak.. dan hilang begitu saja.

kes 2
semasa pulang dari kerja dalam pukul 11 mlm.. rumah perlu melalui kawasan perkuburan. tiba-tiba nampak kelibat hantu kemolok seperti sedang memerhati .. seperti biasa keadaannya macam belon yg sedang dilepaskan di atas lantai. dia cuba menggenggam pasir dan membaling kearah mahluk itu.. sekelip mata benda itu terus lenyap di balik semak samun.

kes3
disebuah rumah kampung berlantaikan papan.. seperti biasa terdengar suara seperti meminta sesuatu, merengek, mendayu-dayu... dia mengalihkan tikar yg menutupi lantai papan tu, dan mengintai kebawah dari lubang renggangan papan lantai tu.
kelihatan benda putih seperti belon .. melantun-lantun sambil berlalu dari bawah rumah itu..

ke tiga-tiga kes ini berlaku selepas ada berita kematian dan telah dikebumikan kurang seminggu

1 comment:

  1. Hi kakak, Kini sudah hadir situs togel online yang benar-benar bayar. Segera bergabung bersama kami.

    Sumber prediksi : http://bocoran-togel.com
    Situs Resmi : http://togelmandiri.com

    prediksi togel
    prediksi togel online
    bandar togel online
    situs togel online

    Terima kasih.

    ReplyDelete