Wednesday, January 12, 2011

Cerita Seram UUM

credit to : mforum

saya rasa belum ada lagik, thread khas cerita seram kat UUM kan...so keseraman UUM ni pon tak kurang hebatnya jika dibandingkan ngan cerita - cerita seram di IPTA sepertima yg diceritakan di MPS ni...so saya mulakan dengan pengalaman saya ...

pada tahun 1999 saya mendaftar sebagai pelajar UUM, setelah dapat bilik di kolej P dan menjalani orientasi pada hari pertama, so malam ituuuuuu...my 1st nite di sana......memang tidur lena sekali....tiba saya kena tindih n dicuping telinga saya dengar bunyi suara halus mcm ketawa kecil...mata saya pulak terbuka so saya nampak di hujung katil saya ada lembaga tiada kaki, paras pinggang terapung-apung dan matanya merah rambutnya panjang mengurai...so saya cuba melawan ngan baca2 apa yg patut akhirnya saya dapat mengalahkan makhluk yg menindih saya dan lembaga tu jugak hilang...dan saya pon panggil ler roomate baru aku..yg aku baru berkenalan untuk aku tidur sebelah dia...katil aku kat atas..
lepas tu tiada pon ganguan...tapi aku selalu sangat kene tindih...tindih yg paling teruk berlaku kerana aku ni gatal sangat nak balik uum awal sangat masa tu kat paras 3 sunyi hanya dalam berbelas org...kat wing aku pulak aku rasa hanya aku sorang dan hanya bilik aku jer terang benderang..bilik lain tiada org sebab depa tak balik lagik dari cuti sem...so bila mlm memang seram... ..call roomate tanya bila dia nak balik...dia kata lagik 3 atau 4 hari hurrrmmmmm ..jadi apa2 pon aku kena hadapi malam tu...so aku bukak lampu..toilet bila maghrib memang dah seram...kerana letih cuci bilik, kemas barang so aku tertidur...tiba 2 aku terasa kat sebalah aku mcm ada benda..rasa berat...aku rasa tilam aku ni mcm ada benda pijak..so aku tutup mata aku tak berani pusing belakang...tak lama tu antara nak tutup mata aku kena tindih...paling teruk sebab paling lama dan paling berat..n ada suara mcm org hembus nafas...esoknyer aku blah ke rumah makcik aku kat perlis....
cerita dari member2 lain...katanya ada hantu nama dang wangi...jadik hantu sebab bunuh diri...then bilik tu lama tertutup tapi dah dibuka...so suka ganggu org sana sini...lebih time periksa
budak lelaki block A kolej aku kena rasuk...tapi yg best dia boleh cakap cina lepas tu ...
antara tempat yg keras kat UUM adalah kat hutan sintok, kat tasik guthrie ngan depan klinik...banyak kemalangan berlaku kat situ
dan baru aku tahu bila aku terbaca kat satu website ni...rupanya kolej aku P...tu ada kes dulu..
"Satu cerita yang menyeramkan berlaku di Kolej Ke-3 Kolej Pernas. Semasa uum dalam pembinaan, kawasan ni menjadi tempat latihan Pilatus TUDM. Salah sebuah kapalterbang pilatus terhempas ti sebuah Blok di Kolej Pernas yang mengorbankan pemandu tersebut. Menurut cerita bilik tu rosak teruk akibat rempuhan kapalterbang tersebut. Sekarang bilik tu dikosongkan kerana terdapat gangguan dan ramai orang takut untuk duduk di bilik tu. "
p/s bilik mana nih...siapa tahu???? aku pernah duk block C dan D jer, aku tak pernah tahu cerita tu...betuiker kolej pernas dlm keadaan uzur sekarang ni retak nak tunggu roboh?
cerita lain aku coppy dan paste :

1. Cerita seram kat Sintok ada banyak. Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. Cerita pertama diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku. Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik. Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu Cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate ialah orang betui.

2.  Kata orang ada sebatang pokok besar kat tepi tasik berhampiran dengan Dewan MAS. Pokok tu tak boleh ditebang sebab bila didekatkan dengan gergaji rantai tiba-tiba enjinnya mati. Kemudian bila dihidupkan semula, ia hidup balik. Bila didekatkan ke pokok tu, ianya mati balik. Bila digunakan gergaji sorong tarik, gergaji tu patah. Lepas tu mereka pun buat keputusan tak jadi tebang pokok tu dan ianya disimpan untuk dibuat perhiasan.

3.  Ada cerita semasa orientasi (minggu suaikenal) degree program. Masa tu bas disediakan untuk mengangkut budak ke Dewan MAS untuk dengar ceramah motivasi dan kaunseling. Namun bas yang disediakan selalu penuh sebab budak ramai. Oleh itu ramai ambil keputusan untuk berjalan pulang. Diceritakan sekumpulan budak perempuan berjalan berhampiran pokok besar di tepi tasik. Tiba-tiba mereka terlihat mayat berbungkus (pocong) melintas. Pocong tu melompat sebanyak tiga kali. Selepas tu terus hilang. Mereka pun begitu takut sekali.

5 comments:

  1. hahahhaaa... bnyak juga hantu UUm nie noh...

    ReplyDelete
  2. hanttu uum mmg bnyk... dah pernah kena.. sbb sy duk uum

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. banyak kali dengar. ada kawan pernah bagitahu dulu dia pernah mimpi dia lihat perang zaman dahulu kala berhampiran dengan kawasan berbukit antara laluan mall ke kolej petronas hingga laluan ke dewan mas

    ReplyDelete